Sebelum ini Hijau lestari sudah menulis tentannya,pada ketika itu masih peringkat awal lagi,kat sini.Pada peringkat itu pun WHO sudah menyatakan bahawa wabak ini sudah sampai pada tahap amaran 4(sekarang loceng amaran sudah lama dibunyikan dengan who meletakkan amaran tahap 6,paling tinggi terhadap H1N1),boleh menjadi wabak yang sangat berisiko tinggi,nah hari ini amaran itu sudah sampai di Malaysia,kematian sudah berlaku,malahan premis pengajian seperti sekolah,pusat pengajian tinggi seperti universiti,maktab,politeknik dan sebagainya terpaksa mengarahkan pelajarnya pulang bercuti,dikuarantin,ditutup sementara dan sebagainya.Semoga diharapkan juga peperiksaan awam seperti PMR,SPM dan STPM tidak ditangguhkan akibat gejala ini
Kenyataan dari Presiden Persatuan Perubatan Malaysia memetik kenyataan dari Tee Ah Sian,pengarah penyakit Berjangkit WHO(pertubuhan Kesihatan Sedunia)...minggu lepas.......
Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia
Bagaimana sekarang? Mampukah kita menanganinya?,Hijau Lestari dimaklumkan bahawa penawar virus ini belum ditemui.Paniknya masyarakat dunia seharusnya menyedarkan masyarakat Malaysia,setakat ini jumlah kematian sudah mencapai 7 orang dengan 1446 kes.Di UK dilaporkan kanak-kanak yang menggunakan ubat anti virus seperti 'Tamiflu' mengalami kesan sampingan seperti sukar untuk tidur,loya serta mengalami mimpi yang buruk.(Khabarnya juga ubatan ini sudah berkurangan di Malaysia dan sedang dipesan...maknanya kes H1N1 semakin serius di Malaysia
Kita di Malaysia sudah semestinya mengambil langkah berjaga-jaga,di tempat awam janganlah malu memakai mask atau topeng,topeng yang sudah digunakan,tolonglah buang,pakai yang baru....tak mahal pun...kalau beli banyak apa salahnya.Basuhlah tangan dengan bersih,cermat serta betul.
Jangan bawa anak kecil anda ke tempat awam seperti shopping center atau pusat membeli belah,berhati-hati dengan makanan yang terdedah juga. Apa yang pasti wabak ini yang boleh berjangkit begitu mudah melalui cecair dari tubuh pesakit atau membawa H1N1,seperti selsema,sentuhan atau di mana sahaja cecair yang ditinggalkan oleh pesakit,
Bawalah keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut jika mengalami demam selsema...kenapa kita takut ke hospital,mungkin kita boleh ke klinik tetapi kes ini tidak boleh dipandang ringan
Nasihat Hijau lestari...mencegah itu lebih baik dari mengubati...nampaknya juga ia merupan peringatan Allah kepada manusia bahawa,manusia tidaklah sehebat mana pun.....marilah kita berusaha dan berdoa agar dijauhi dari H1N1...
Kematian terkini sebanyak 67 orang! setakat 18 ogos 2009 .Satu jumlah yang tinggi,pada pendapat Hijau lestari sepatutnya usaha mencegah penyakit ini sepatutnya bermula sejak dari peringkat awal lagi.Kini penyakit ini sudah menjadi wabak ..untuk mengawalnya entahlah... mungkinkah usaha kerajaan akan berkesan untuk mengawal penyakit ini.Soalan Hijau Lestari memang premis awam seperti sekolah dan pusat pengajian tinggi dipantau...tetapi bagaimana dengan premis yang lain,seperti pusat membeli belah dan lapangan terbang sendiri? Sekolah sendiri sebagai contohnya adakah cukup sekadar menghantar pelajar yang disyaki H1N1 ke hospital,bagaimana dengan pelajar lain yang mungkin mempunyai tanda-tanda awal? pelbagai persoalan mendedahkan selama ini penyakit ini dipandang ringan pada peringkat awalnya
Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara