Agak lama Hijau Lestari menyepi...bukan ape cuma semakin sibuk dengan pelbagai tugasan.Mahu tidak mahu terpaksa juga dilaksanakan.Nampaknya bukan senang juga nak berblogging nie banyak karenahnya.....Hari nie nak cerita tentang taman negara.Kita santai sikit...bukan tentang Malaysia sahaja tetapi taman negara dari luar.Bukan Hijau Lestari tak nak buat review tentang Taman Negara kat sini tapi terasa ingin berkongsi dengan semua pembaca yang dikasihi dengan keindahan dan kebesaran milik Allah yang turut terdapat di negara lain,nanti jika berkesempatan kami akan review tentang taman negara dalam negara yang tidak kurang hebatnya.Apa ciri yag dipertimbangkan?...sudah tentunya melibatkan biodiversitinya sebagai kriteria utama,di samping tapak warisan dunia oleh UNESCO.Apa lagi...jom layan.....
Taman Negara Kruger Afrika selatan
Via:newsletter.com/kruger
Via:newsletter.com/kruger
Jika anda ingin melihat kepelbagaian spesies haiwan dari mamalia terbesar seperti gajah,predator yang mantap seperti singa dan ceetah serta lajunya larian sang rusa di sinilah tempatnya.Taman negara ini merupakan antara perjalanan safari yang mempersonakan dengan kaitan yang begitu rencam kehidupan haiwan liar yang terbentang indah yang turut menempatkan habitat mereka.Taman negara yang mempunyai hutan savana ini menjanjikan pengalaman yang memdebarkan kepada pengunjungnya.
Santuari Bersejarah Machu Picchu Peru
Terletak lebih kurang 70km dari bandar terhampir iaitu Cuzco.Santuari ini merupakan tempat tinggalan peninggalan kaum purna Incha Peru yang terkenal.Bangunan batu tinggalan kaum itu masih merupakan misteri kepada engkaji sejarah dan ekologi.Sejak ditemui pada tahun 1911,santuari ini telah dijadikan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO.Dengan keluasan melebihi 30 ribu ekar di sekelilingnya yang penuh dengan hutan hujan tropika membentuk kanopi santuari ini dipenuhi dengan pelbagai haiwan mamalia dan spesies burung yang unik.Dengan berkedudukan dibanjaran Andes santuari ini turut menjadi habitat haiwan seperti condor( seperti helang,dan pemakan daging) dan singa gunung.
Taman Negara Sagarmatha,Nepal.
 harimau bintang salji  Lembah Hinku di Sagarmatha Park,memang cantik! via: summitpost Merupakan Taman negara paling tinggi di dunia,kerana di sini juga terdapatnya Gunung Everest dan K2 yang terkenal.Dengan keluasan melebihi 1000km persegi kawasan ini di wartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.Taman negara ini mempunyai pelbagai habitat flora dan fauna yang menarik.Antaranya termasuklah harimau bintang salji,yark(macam kerbau tapi lebih besar dan liar) dan sebagainya.Kesimpulannya kawaan inimenjadi tempat bagi hidupan haiwan gunung.Dengan dikelilingi oleh kemuncak yang curam,kasap dan bersalji dan berglasier taman ini memang menjadi pilihan kepada golongan pendaki gunung.
Taman Negara Fiordland New Zealand.
 Milf Sound,antara fiod tercantik di taman ini. Taman ini merupakan taman negara terbesar di New Zealand dengan keluasan mencapai 3 juta ekar.terdiri daripada 14 fiod atau lembah glasier yang menghala ke laut menjadikan pemandangan di sini begitu cantik dan dramatik sekali.Malahan dengan keluasan ketara menjadikan kawasan ini pusat pelancongan dan habitat kepada pelbagai jenis haiwan.Malahan tidak dinafikan juga dengan keindahan alam sekitar di sini menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk pengambaran filem seperti Lord Of The Ring.
Taman Negara Galapagos,Equador.
Kura-kura gergasi via:mongabay.com
Marin Galapagos via:Galapagos Photo Gallery
Iguana Laut Via: Galapagos Photo Gallery
Pemandangan galapagos yang indah via: Galapagos Photo Gallery
Galapalos sebenarnya terbentuk akibat letusan gunung berapi dan hasil dari pembekuan magma.sejak sekian lamanya kepulauan ini menjadi habitat haiwan eksotik yang tidak akan ditemui di tempat lain.UNESCO sendiri telah menjadikan kepulauan ini sebagai tapak warisan dunia yang mesti dipelihara.Terdapat hampir 19 buah pulau termasuklah puluhan batu hasil magma yang membeku.Apa yang pasti Galapagos mempunyai flora dan fauna yang sangat unik dan menarik,seperti kura-kura gergasi,sesumpah atau iguana yang semestinya mencuri tumpuan para pengunjungnya.Malahan hidupan marin dan taman lautannya pasti mengamit kedatangan pelancong untuk ke sana.
Oklah...kalau ade masa nanti part 2 akan menyusul.Label: biodiversiti, taman negara |