Hijau Lestari

Menyingkap Pelbagai Fenomena Alam serta Memahami Bumi Sebagai Khazanah Yang Perlu Dilestarikan Kewujudannya Buat Tatapan Generasi Mendatang

Untuk Paparan Terbaik Blog Hijau Lestari
Hijau Lestari

Pembaca Budiman Digalakan Menggunakan Mozilla Firefox Untuk Paparan Terbaik

Hijau Lestari

Poll Dan Support


ShoutMix chat widget

Pelawat

Mereka Cakna Alam Sekitar

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Kawan Hijau Lestari

  • Seks Info
  • Minda Cikgu Pj
  • The Best Gadget
  • Zaireey
  • Didik Insan
  • Cikgu Eaizan
  • Hafez94
  • Simple Muslim
  • Cikgu Maleque
  • Gerhana Matahari Esok
    Selasa, 2009 Julai 21

    Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

    Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

    "Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

    gerhana matahari via:achyar89



    Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

    Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

    Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

    Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

    Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

    Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

    Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

    Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

    Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

    Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA


    Hijau Lestari- maaf kepada semua pembaca kesibukan saya membataskan penulisan,nanti bila dah selesai kerja yang perlu diutamakan saya akan kembali semula.emmm esok gerhana matahari,semoga kita tak lepaskan peluang ini untuk melihat kebesaran Allah

    Label:

    Bookmark and ShareAdd to Technorati Favorites

    |
    Untuk Post Terbaru
    Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    Penulisan Terkini
    Archives

    Pertukaran Links

    Mari Kita Tukar Links


    Anda Suka Blog Ini?Copy di Blog Anda,Maklumkan Pada Hijau Lestari Di Bahagian Komentar,Thanks
    Hijau Lestari

    Malaysian Blog Link

    BlogMalaysia.com

    BLOGGERS MALAYSIA
    BLOGGERS MALAYSIA

    © 2008 Hijau Lestari Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2009