Hijau Lestari

Menyingkap Pelbagai Fenomena Alam serta Memahami Bumi Sebagai Khazanah Yang Perlu Dilestarikan Kewujudannya Buat Tatapan Generasi Mendatang

Untuk Paparan Terbaik Blog Hijau Lestari
Hijau Lestari

Pembaca Budiman Digalakan Menggunakan Mozilla Firefox Untuk Paparan Terbaik

Hijau Lestari

Poll Dan Support


ShoutMix chat widget

Pelawat

Mereka Cakna Alam Sekitar

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Kawan Hijau Lestari

  • Seks Info
  • Minda Cikgu Pj
  • The Best Gadget
  • Zaireey
  • Didik Insan
  • Cikgu Eaizan
  • Hafez94
  • Simple Muslim
  • Cikgu Maleque
  • Mak Uda Pak Uda
  • Pisang Buah Tropika Istimewa
    Isnin, 2009 Jun 15

    Dah agak lama Hijau lestari rehat...nie nak menulis lagi,tentang pisang.Memang tak payah nak diperkenalkan lagi,ramai orang dah tahu tentangnya.Pisang memang merupakan buah yang lazat dan sedap di makan.Kegunaan pisang pelbagai.....namun mari kita kenali buah ini dengan lebih hampir lagi dari sudut ilmiah.

    • Nama saintifiknya Musaceae
    • Berasal dari kawasan Asia Tengara.
    • Merupakan tumbuhan liar pada peringkat awalnya.
    • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungya.
    • Di sebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi,banyak hutan rimba yang diterokai dan dibuka untuk penanaman pisang.
    • Negara pengeluar pisang terbesar di dunia...jangan terkejut pulak yek....Albania,diikuti dengan India,China,Brazil,Eqaudor.....
    • Pisang merupakan makanan popular di Asia,sama ada boleh dimakan begitu sahaja,dijadikan sira,dibuat pengat,kerepek,direbus,digoreng,dibuat kek dan roti selain jantungnya dibuat ulam setelah dicelur dengan air panas
    • Popularnya pisang di Malaysia dan Asia tenggara begitu hebat sekali sehinggakan kajian terbaru benih pisang dibiakkan melalui tisu kultur.Anak pisang yang dihasilkan di dalam makmal ini terbukti lebih cepat pembesarannya,berbuah dengan kuantiti yang banyak selain tahan penyakit.
    • Pisang mengandungi asid,enzim,magnesium,fosforus,folat dan sebatian kimia yang penting untuk kesihatan
    • Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi antaranya sukrosa,fruktosa dan glukosa yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.Jadi kepada para ibu bapa lebih baik membeli pisang daripada membeli candy,gula-gula atau makanan ringan kepada anak anda,kerana pisang ini mengenyangkan serta sihat kepada anak-anak,Jadi apalah salahnya menukar menu makanan ringan anak kepada makanan yang lebih berkhasiat tinggi.
    • 2 biji pisang mampu membekalkan tenaga kepada kerja atau senaman berat selama 90 minit.Sangat sesuai untuk pemain bolasepak contohnya...Jadi pisang merupakan buah yang popular dikalangan atlet.



    Dari segi perubatan serta penawar penyakit pisang:

    • Darah tinggi dan strok,pisang mampu mengurangkannya kerana kandungan potasium yang tinggi
    • Pisang rendah kalori lemak,sodium yang membantu merendahkan kolestrol.
    • Pisang sesuai untuk merawat cirit-birit kerana mengandungi potasium dan magnesium yang amat sesuai untuk merawat cirit birit.
    • Anemia,iaitu penyakit kurang darah,pisang boleh memabntu kerana mengandungi zat besi yang boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
    • Kemurungan,pisang membantu penyakit kemurungan kerana mengandungi protein yang dapat membantu kita supaya lebih tenang.
    • Pening,cara terbaik merwat pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak ( banana milkshake ) yang dicampur dengan madu.Minuman ini bukan sahaja merwat penyakit malahan sedap juga rasanya.
    • Namun pisang tidak sesuai untuk pesakit diabetes kerana kandungan gulanya yang agak tinggi
    Bagi masyarakat Melayu pisang sangat sinonim dengan mereka.Pisang bukan sahaja di makan serta dipelbagaikan cara masakannya,malahan daunnya dijadikan pembalut kuih muih(lepat,dan lain lainnya),alas nasi lemak kerana sifatnya yang wangi dan harum di samping dijadikan sebagai alat pelindung hujan bagi masyarakat tradisionalnya.Batang pisang juga dijadkan rakit.Di samping itu juga pisang sejak dahulunya batangnya mempunyi gentian dan dijadikan sebagai tali.Penyelidikan USM di Pulau Pinang telah menghasilkan kertas yang berkualiti tinggidari gentian batang pisang.

    Nampaknya pisang merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Tuhan untuk hambanya.Jadi mengapakah kita tidak boleh mengubah tabiat.Hijau lestari suka mensyorkan ibu-bapa membeli pisang mengantikan makanan ringan,snek serta gula-gula kepada anak-anak mereka.Pisang boleh dikategorikan sebagai makanan atau buah kelas pertama.Untuk lanskap juga menarik kerana pisang hampir keseluruhannya hijau,cuma pelepahnya hendaklah dibuang apabila sudah tua barulah menarik......


    Label:

    Bookmark and ShareAdd to Technorati Favorites

    |
    Untuk Post Terbaru
    Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    Penulisan Terkini
    Archives

    Pertukaran Links

    Mari Kita Tukar Links


    Anda Suka Blog Ini?Copy di Blog Anda,Maklumkan Pada Hijau Lestari Di Bahagian Komentar,Thanks
    Hijau Lestari

    Malaysian Blog Link

    BlogMalaysia.com

    BLOGGERS MALAYSIA
    BLOGGERS MALAYSIA

    © 2008 Hijau Lestari Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2009