 Gunakan topeng untuk kualiti udara yang merosot dan H1N1 via: Tootoo.com Kualiti udara kebanyakan kawasan seluruh negara bertambah buruk pada lewat petang semalam, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Pada jam 5 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan daripada 51 kawasan dipantau, 36 mencatatkan paras kualiti udara sederhana, lain menikmati tahap bersih.
Kawasan melaporkan IPU kian buruk termasuk Taiping, Perak dengan bacaan 95 berbanding 85 pagi ini, Alor Star di Kedah dengan bacaan 70 berbanding 65 pada pagi dan Seberang Jaya 2 dan Perai di Pulau Pinang dengan bacaan 83 berbanding 82 sebelumnya.
Selain itu, kawasan lain kualiti udara pada tahap sederhana Shah Alam, Selangor (60), Pelabuhan Klang, Selangor (71), Petaling Jaya, Selangor (55), Kuala Terengganu (65), Putrajaya (51), Pasir Gudang, Johor (56), Langkawi di Kedah (53) dan Cheras, Kuala Lumpur (58).
via: myMetro.com
Namun rakan Hijau Lestari di Hilir Perak memberitahu bahawa hujan telah turun semalam,agak lebat juga katanya.Buat anak-anak kecil dengarlah cakap ibu-bapa kalian...kalau disuruh bermain di dalam rumah sahaja...dengarlah..takut nanti deman dan batuk.....macam mana H1N1....semoga berkurangan dan terkawal hendaknya....Label: IPU, kualiti udara |