Biofuel merupakan bahan api berasakan biologi atau bahan api berasaskan benda hidup seperti tumbuhan.Sudah tentunya bahan api ini merupakan bahan api yang boleh diperbaharui.Bahan api biofeul merupakan alternatif kepada bahan api fosil sedia ada terutamanya petroleum.Nak tahu tak? Abad ke 19 dulu sewaktu Henry Ford mencipta keretanya yang pertama,kalu tak salah model Ts...kereta pertamanya diisi dengan etanol (bahan hasil biofuel) dan diesel berasaskan minyak kacang!.tapi dek kerana waktu itu minyak petroleum dah dijumpai dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah,diterokai dengan banyaknya..maka usaha Henry...dilupai berdekad lamanya...
Sebagai mana posting Hijau Lestari sebelum ini Malaysia boleh membangunkan biofuelnya berasaskan minyak kelapa sawit....yang dinamakan biodiesel.Malaysia berpotensi kerana kita mempunyai skala penanaman yang luas.Malaysia melalui Lembaga Minyak Kelapa sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilkan biodiesel yang dinamakan Envo diesel pada tahun 2005 lagi.Malahan Dasar Biofuel Negara turut dilancarkan pada tahun berkenaan dengan memberikan fokus kepada bahan api bio untuk pengangkutan,untuk industri,untuk teknologi bahan api biofuel,untuk eksport dan terakhirnya untuk menyediakan bahan api untuk alam sekitar yang lebih bersih.Hijau Lestari berpendapat melalui gabungan pelbagai agensi termasuklah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI ) dan MPOB sendiri akan membantu memperkembangkan uasaha ini.Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan akan terus memajukan sektor ini secara meluas.Malahan pihak pengeluar kereta seperti PROTON sendiri dilibatkan di dalam R&D ini untuk menghasilkan enjin kereta yang sesuai dengan biodiesel.Sejak tahun 1984 lagi usaha MPOB menyelidik tentang biofuel telah menghasilkan minyak biodesel B5.Dengan harga emas hitam yang tidak stabil dipasaran dunia,alternatif kepada petroleum akan terus dicari.
Bagi negara lain Amerika Syarikat mendahului negara lain di dalam memajukan industri biofuelnya.Bahan utama penghasilan biofuelnya sudah tentunya jagung dan kacang soya.Malahan Brazil menghasilkan biofuelnya berasaskankan tebu.Negara German menggunakan biji benih sejenis tumbuhan.Memang hebat negara Amerika Syarikat ,Eropah serta Brazil yang sudah lama menghasilkan biofuel ini.
 Di BrazilTebu menghasilkan ethanol,bahan utama biofuel via: USnew- Bahan api biofuel etanol berasaskan jagung yang dihasilkan oleh USA pada tahun 2006 ialah sebanyak 4.8 juta gelen.
 Pengeluaran biofuel USA Via: CSA.com Amerika syarikat menggunakan jagung untuk industri biofuelnya
- Bahan api biofuel etanol berasaskan tebu yang dihasilkan oleh Brazil pada tahun 2006 ialah sebanyak 3.96 juta gelen.

Stesen pam minyak etanol di Sao Paulo ,Brazil via wikipedia
- Bahan api biofuel etanol berasaskan tumbuhan canola yang dihasilkan oleh German pada tahun 2006 ialah sebanyak 0.5 juta gelen.
|