Bandar hijau? Bandar Hijau merujuk kepada bandar yang dikategorikan sebagai bandar paling kurang atau cuba mengecilkan pencemarannya,sikap dan komitmen penduduknya yang mesra alam (warga alam ),kualiti udara yang baik,penggunaan sumber tenaga alternatif yang mesra alam ,pengangkutan awamnya mesra alam,pengekalan kawasan hijaunya terancang serta dasar datuk bandarnya (Mayor ) yang melaksanakan polisi mesra alam.Saya review 8 dulu,ada lagi,tapi nantilah,saya sekarang agak sibuk dengan pentaksiran kawasan kerja kursus geografi PMR,kalau ada masa nanti part II akan menyusul,keep reading guys.......
1. Reykjavik, Iceland
Menggunakan bas awam berkuasa hidrogen
Menggunakan tenaga elektrik yang berasal daripada geoterma(kawasan air panas gunung berapi) serta hidroelektrik sendiri.
Komited untuk bebas daripada bahan api fosil menjelang 2050.
Datuk bandarnya berazam menjadikan Reyjavik bandar terbersih di Eropah.
Bandar Reyjanik
Sumber:Istock Photo
2Portland, Oregon, U.S.A
Bandar terancang dari segi kegiatan luar seperti bersukan dan sebagainya.
Merupakan bandar pertama di USA yang komiten untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida.
Penduduknya menubuhkan komuniti yang memperjuangkan pembinaan dan cara hidup berasakan bangunan hijau(green building) .Bangunan hijau merupakan projek untuk pembanguan lestari di Portland(melibatkan semua kominten penduduk seperti kitar semula,galakan penggunaan tenaga solar dan sebagainya)
Bangunan yang dibina berasakan bahan yang mesra alam (komponen binaannya merupakan bahan yang boleh digunakan semula.
Menyediakan laluan untuk keretapi elektrik,laluan bas awam dan basikal di jalan raya utama untuk mengurangkan kereta persendirian.Menjana lebih 92 ribu ekar tanahnya untuk kawasan hijau.
Dibawah Jabatan Pembangunan Lestarinya Portland akan muncul sebagai bandar mengurangkan pemanasan global,menggunakan dan mengitar tenaga dengan efisyen,mengitar semula dan mengurangkan bahan buangan ,mengurangkan bahan api fosil,pembangunan ekonomi secara lestari,amalan sistem pemakan lestari dan mempraktiskan pembinaan bangunan hijau.Sila ke laman PortlandOnline.com untuk maklumat lanjut
3 Curitiba, Brazil
99% penduduk bandar ini selesa dan sayang akan persekitaranya mengikut survey yang dijalankan.
Bandar ini memajukan sistem bas awamnya.Menggunakan sistem Bas transit.Sila lihat Curitiba Bus system
3/4 penduduknya menggunakan bas awam untuk ke mana- mana sahaja di dalam bandar ini!
Di katakan 580 kaki persegi tanah bandar ini merupakan kawasan hijau untuk seorang penduduknya.
Sistem bas di Curitiba menggunakan tube untuk penumpangnya.Tiada tolak menolak kerana semua orang perlu berbaris untuk menaiki dan turun bas,kan bagus gitu..
4. Malmรถ, Sweden
Bandar ketiga terbesar di Sweden yang mengamalkan Pembangunan Bandar Lestari.
Dengan cogan katanya di dalam bahasa Sweden "ekostaden" atau bandar ekologi bandar ini mempunyai penduduk yang komited untuk melestarikan alam sekitarnya.
5 Vancouver Kanada
Bandar yang menggunakan hampir 90% bukan bahan api fosil.
Menggunakan tenaga hidro elektrik,tenaga solar dan tenaga angin.
Merupakan bandar yang mempunyai hampir 200 taman .
Melalui satu survey yang dilakukan bandar ini antara bandar yang paling kurang jenayah dan gaya hidup yang selesa.
dengan 100 tahun planningnya sebagai bandar lestari,vancouver adalah antara bandar hijau di dunia.
Bandar yang sudah dikenali ramai,terutamanya rakyat Malaysia.
Mayornya Ken Livingstone pada tahun 2007 berazam untuk menjadikan bandarnya sebagai bandar terhijau di dunia melalui Perancangan Bertindak Perubahan Iklim
Di Bawah rancangan itu,London akan mengurangkan 60% pengeluaran gas karbon dioksida menjelang 2025,menggalakkan penggunakan tenaga dengan lebih cekap serta memberikan insentif kepada penduduk yang menggunakan atau mempertingkatkan kecekapan penggunaan tenaga
Tax turut dikenakan kepada kereta persendirian supaya kawasan tengah bandarnya tidak terlalu banyak kenderaan.
8. San Francisco, California, U.S.
Separuh daripada penduduknya berjalan kaki,berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam setiap hari.
17% penduduknya memilh untuk berada di kawasan taman atau kawasan hijau.
Bandar ini turut berperanan di dalam pembinaan green building, 70% projek pembinaannya berdaftar di bawahU.S. Green Building Council's LEED certification system
Menerima peruntukan 100 juta USD untuk projek tenaga solar,efisienkan penggunaan tenaga serta turbin angin.
Bandar ini tidak menggalakkan sama sekali penggunaan beg plastik yang tidak boleh di kitar semula serta penggunaan bahan kimia plastik yang meragukan untuk permainan kanak-kanak.
Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara