| NGV atau singkatan bagi Kenderaan Gas Asli (KGA, bahasa Inggeris: Natural Gas Vehicle) adalah kenderaan yang menggunakan gas asli mampat (compressed natural gas atau CNG) atau juga dikenali dengan gas asli cecair (liquefied natural gas atau LNG) sebagai alternatif bahan api petrol untuk kenderaan. Terdapat lebih kurang 5 juta KGA di dunia pada tahun 2006 dengan jumlah terbanyak di Argentina, Brazil, Iran, Pakistan dan Itali. Ia juga popular di Jerman. KGA boleh dipam di mana saja menggunakan saluran gas asli sedia ada. Ini memberi kemungkinan stesyen pam di rumah. Honda sudah mencipta sistem tersebut yang dinamakan sebagai "Phill". Kenderaan menggunakan minyak petrol biasa boleh diubahsuai untuk menggunakan gas asli cecair. Semakin banyak kenderaan yang dibuat seluruh dunia boleh menggunakan gas asli cecari termasuk Honda Civic dan Samand. Di Malaysia, kebanyakan teksi menggunakan gas asli cecair yang menolong menjimatkan kos operasi. Lebih banyak kereta persendirian di Malaysia juga diubahsuai kepada KGA..Namun dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang tinggi sudah pasti keperluan NGV akan meningkat oleh kerana harganya seliter yang masih murah iaitu 0.68 sen seliter.Lebih banyak kemudahan NGV perlu disediakan oleh stesen minyak di seluruh Negara untuk memudahkan kenderaan gas asli digunakan di seluruh negara. Rujukan :Wikipedia Berikut adalah senarai stesen minyak yang menyediakan kemudahan gas asli di seluruh negara:
Sila ke laman Mymesra .com
Label: gas asli, NGV, petrol |