 Lintah dahulunya hanya dianggap tidak penting,kini menjadi pilihan ramai masyarakat dan orang ramai untuk turut sama menternaknya.Dengan harga se kg RM 60 lintah merupakan bukti kepelbagai biologi di negara kita sebenarnya adalah rahmat dan anugerah dari Tuhan.Semoga penternakan ini berjaya dan mampu meningkat pendapatan petani atau penternak yang berminat dengannya.Dari maklumat yang saya ketahui tahap kematian sewaktu membelanya hanyalah 0.9 something sahaja.Maknya lintah ini kebarangkalian untuk mati adalah rendah dan mengurangkan risiko kerugian kos kepada penternak.
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual. Sumber:Berita Harian OnlineLabel: lintah |