Penternakan Babi Antara Punca Pencemaran Sungai Di Selangor
Selasa, 2008 Mei 20
Maafkan saya jika topik ini sensitif bagi pelbagai pihak.Tujuan dan penulisan saya adalah dari konteks serta pandangan seorang warga alam yang bencikan pencemaran alam semulajadi.Sudah lama saya ingin menulis tentangnya..
Memanglah sebelum ini kecoh tentang penternakan babi di Selangor yang ingin di centralise oleh pihak kerajaan yang baru(peruntukan RM 100 Juta untuk penternakan babi secara moden dengan menggunakan teknologi negara Denmark).Pelbagai polimik serta penulisan wujud.Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang sekera-kerasnya.Namun pada pandangan saya tidak ada sesiapa pun yang sebenarnya patut menjadi johan atau juara di dalam isu ini,kerana ianya merupakan isu sensitif terutama kepada umat Islam di Malaysia,namun begitu walaupun sukar ianya merupakan pilihan yang terbaik pada pandangan saya.Ini kerana penternakan babi di Hilir Selangor itu bukanlah setahun atau dua tahun yang lepas tetapi sudah melibatkan puluhan tahun.Di dalam kepelbagaian kaum di Malaysia konsep ini memang sukar tetapi praktikal.
Penternakan babi secara konvensional selama ini mengundang pencemaran yang amat dahsyat kepada sungai.Sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan babi memusnahkan estetika sungai,memusnahkan hidupan sungai,mencemarkan sungai dengan kewujudan pelbagai bakteria seperti E Coli( pencemaran serta kemusnahan biologi yang sangat hebat).Saya sewaktu berada di Pulau Pinang hampir sepuluh tahun yang lepas sendiri pernah mengalami masalah pencemaran yang hebat.Walaupun berada hampir 5 km dari kandang babi(macam penduduk Ladang Tumbuk) baunya memang busuk,malahan sungai yang berhampiran juga turut tercemar.Sememangnya penternakan babi ini perlu dikumpulkan dan di usahakan secara moden supaya tidak ada sedikit pun sisa atau kumbahan dari ladang babi sampai ke sungai,parit mahupun laut yang berdekatan.
Biar saya ringkaskan di sini:
Masalah Penternakan Tradisional:
Pencemaran sungai dan laut yang keterlaluan.
Bau yang sangat busuk
Pencemaran air bawah tanah.
Punca penyebaran penyakit seperti JE dan Nipah Virus.
Kehilangan nilai-nilai estetika di kawasan pantai dan sungai
Kaedah Sistem Operasi(modern pig farming)
Air kumbahan najis dan bahan-bahan buangan hanya akan dikitar semula di dalam kawasan premis penternakan sahaja.
Tiada yang terlepas ke dalam sistem sungai atau respan air bawah tanah.
Baja yang terhasil daripada'digester' pula akan digunakan untuk pembajaan rumput gajah.Rumput gajah ini akan dipotong dan diperam menjadi silaj.Silaj akan digunakan kembali ke dalam 'digester' sebagai tambahan bahan mentah bersama dengan najis.Silaj ini juga boleh digunakan sebagi makanan tambahan babi.
Air turasan diperolehi daripada penapisan baja(enapcemar) akan digunakan kembali di dlam premis sebagai basuhan lantai kandang.
Air kumbahan yang dihasilkan akan dirawat bagi membunuh patogen di dlamnya.
Kolam takunagn air yang telah dirawat akan dipastikan ia tidak meresap ke dalam sumber air bawah tanah.
Kandang akan dilengkapi dengan sistem penyejuk udara sepenuhnya(sistem tertup) bagi mengawal tumbesarn,penyakit dan serangga.
Kebaikan Penternakan Babi Moden(bukan nak promosi tetapi terpaksa!)
Penempatan setempat para penternakan babi di seluruh selangor
Tiada pencemaran sama ada bau,sistem sungai,air bawah tanah dan pantai
Pemantauan,penguatkuasaan,perlesenan setempat memudahkan kerajaan tempatan dan agensi yang terlibat.
Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem kandang tertutup
Gangguan serangga seperti lalat akan dapat dielakkan
Pemusatan industri seperti rumah sembelihan,'cold room',industri'value added' seperti pengetinan,'food product' dan sebagainya.
sistem'monitoring' perangkaan keluar masuk jumlah babi dapat dijalankan denagn mudah.
Mengapa Ladang Tumbuk Sepang Selangor di Pilih?
Tempat sedia ada dan kawasan yang paling teruk tercemar.
Tanah milik pengusaha sendiri
Kawasan ladang babi terbesar Selangor
Kawasan Hiliran,tidak digunakan sebagai sumber air minuman(tiada loji atau empangan di sini)
Kawasan penduduk Cina
Aapa yang perlu ialah kerajaan baru Selangor dapat melaksanakannya secepat mungkin,malahan sistem ini boleh juga diikuti oleh negeri lain yang mempunyai ternakan babi yang banyak seperti Melaka.Sampai bila isu ini cuba ditutup sedangkan sungai dan laut menjadi mangsa pencemaran secara terbuka?Adakah dengan membiarkan sahaja masalah ini berterusan dan berharap kepada ehsan para penternak untuk menjaga alam sekitar sahaja?Dengan konsep ini mereka juga terpaksa untuk menjaga alam sekitar .Apa pun alam sekitar terutama sungai di negara kita perlu dilestarikan nilai estetikanya.Jangan sudah terantuk baru nak tengadah,pada masa itu sungai di hilir Selangor pasti akan musnah dan kesannya pastilah buruk kerana sememang khinzir atau babi ini merupakan punca penyebaran pelbagai bakteri dan virus berbahaya jika tidak ditangani dengan betul dan baik.
Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara