1.Gunakan kolah atau baldi yang diisikan dengan air.Ini dapat mengurangkan jumlah penggunaan air yang banyak sekiranya menggunakan pam atau paip air secara terus
2. Baiki segera sebarang ketirisan atau kebocoran paip
3. Gunakan tuala tangan daripada menggunakan kertsa tisu.
4. Pasang peralatan penjimatan air bagi pili air dan pencucur.Kepala pencucur yang cekap dapat menjimatkan tenaga sehingga 20%.
5. Talakan suhu(tetapkan) pada pemanas air sebanyak 54 darjah celsuis.Suhu ini cukup untuk membunuh bakteria dan menjimatkan tenaga elektrik.
6.Sentiasa letakkan bakul sampah dalam bilik air bagi membuang sisa buangan.Jangan buang ke dalam mangkuk tandas.
Nampaknya mungkin ada bertanya kenapalah susah-susah sangat nie? Takkanlah nak berjimat sehingga nampak macam kedekut.Ya! untuk pengetahuan semua,di dalam kehidupan kita kita menggunakan banyak sumber alam.Sumber ini sebenarnya terancam sama ada tercemar atau pun semakin berkurangan.Contohnya sumber air dan sumber tenaga elektrik seharusnya digunakan dengan cekap agar dapat menjimatkan sumber air serta mengoptimumkan penggunaan dengan baik dapat menjimatkan duit kita semua.Bil air dan elektrik dapat dikurangkan jika penggunaan secara lestari dapat diterapkan.Label: pencemaran, sumber |