 China dikatakan penyumbang karbon dioksida serta gas pencemaran udara paling besar di dunia mengatasi Amerika Syarikat untuk tahun 2006-2007.Sebelum ini Amerika dikatakan negara yang paling banyak melepaskan gas yang mencemarkan alam sekitar serta menjadi penyumbang utama kepada gas rumah hijau.Kenyataan ini merupakan maklum balas daripada sekumpulan penyelidik dari Universiti California Amerika Syarikat.Ironinya Amerika Syarikat sendiri merupakan negara yang tidak mahu menandatangani Protokol Kyoto tahun (1997)(pakatan negara-negara PBB untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau).Para penyelidik ini memaklumkan jika tidak ada langkah yang wajar diambil, negara-negara maju lain di dunia di bawah protokol ini mungkin mengecilkan 'emissions cut' mereka( melebihkan kouta pelepasan karbon dioksida dari industri atau stesen janakuasa).Namun apakah hanya China sahaja yang ingin dipersalahkan? Negara-negara majulah termasuk Amerika Syarikat yang telah melepaskan gas rumah hijau sejak revolusi perindustrian lagi.Setakat Jun 2007 sebanyak 174 buah negara menandatangani perjanjian Protokol Kyoto kecuali Amerika Syarikat dan Australia yang menolak atas alasan akan memudaratkan ekonomi mereka.Malaysia menandatangani perjanjian pada tahun 2002.Namun negara kita dan negara-negara membangun yang lain dikecualikan dari kouta pelepasan karbon dioksida kerana bukanlah penyumbang utama kepada peningkatan kesan rumah hijau.China dan India juga turut dikecualikan dari kouta ini.
Untuk bacaan lanjut sila ke
BBC News-Asia PasificLabel: gas rumah hijau, pencemaran, Protokol Kyoto |