Hijau Lestari

Menyingkap Pelbagai Fenomena Alam serta Memahami Bumi Sebagai Khazanah Yang Perlu Dilestarikan Kewujudannya Buat Tatapan Generasi Mendatang

Untuk Paparan Terbaik Blog Hijau Lestari
Hijau Lestari

Pembaca Budiman Digalakan Menggunakan Mozilla Firefox Untuk Paparan Terbaik

Hijau Lestari

Poll Dan Support


ShoutMix chat widget

Pelawat

Mereka Cakna Alam Sekitar

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Hijau Lestari

Kawan Hijau Lestari

  • Seks Info
  • Minda Cikgu Pj
  • The Best Gadget
  • Zaireey
  • Didik Insan
  • Cikgu Eaizan
  • Hafez94
  • Simple Muslim
  • Cikgu Maleque
  • Manusia Tidak Menghargai Sumber Udara
    Khamis, 2008 April 17












    Hari ini lepas balik dari sekolah tadi saya terjumpa dengan buku goegrafi lama sewaktu di USM dulu hasil karya Dr Chan Ngai Weng,tajuknya Asas kaji Iklim.Saya terus sahaja membelek-belek buku tersebut....kenangan lama tahun 1997(hampir 11 tahun) kembali menerjah di fikiran saya.Teringat kelas Dr Chan yang sentiasa happy go lucky itu...malahan kenangan sewaktu kajian tentang flora di Bukit Bendera Pulau Pinang bersama dengannya turut kembali berputar semula.Pada saya buku ini tetap relevan walaupun usia menjangkau belasan tahun lamanya,ulasan Dr Chan tentang sumber udara yang diabaikan oleh manusia sejagat sangat menarik untuk ditulis semula di sini.(ms 119-126)


    Izinkan saya memetik semula buah fikiran beliau..

    1. Sumber semulajadi dibahagikan kepada 2




    • Sumber Tabung(terhad dan akan habis seperti hutan,bahan galian,bahan api,tanah dan air tawar)




    • Sumber Mengalir(secara teorinya tidak terhad dan boleh diperbaharui seperti udara,atmosfera,air laut,segala fenomena cuaca yang bermanfaat kepada manusia)
    Namun sumber mengalir tidak diberi perhatian kerana sifatnya yang tidak kelihatan terhad atau berkurangan.Malahan manusia tidak mengiktiraf sumber mengalir sebagai sumber terutamanya di dalam aktiviti ekonomi.Akibatnya atmosfera dan udara dapat digunakan sesuka hati tanpa kawalan dan penjagaan.Akibat salah tanggapan ini sejak dari Revolusi Perindustrian kualiti udara dan atmosfera semakin merosot dengan teruknya sehingga sesetengah kawasan mengalami tahap pencemaran uadara yang sangat serius terutamanay di bandar-bandar besar di asia.


    Akibat pencemaran udara kini semakin ramai manusia yang menyedari bahawa atmosfera dan udara boleh mempengaruhi cuaca dan iklim dunia serta mengancam kesihatan manusia itu sendiri.Dengan pelbagai bencana alam seperti





    • banjir


    • kemarau


    • taufan


    • ribut salji


    • siklon tropika(ribut)


    • tanah runtuh


    • jerebu


    • kebocoran lapisan ozon
    sekadar memberikan contoh,serta banyak lagi telah kerap berlaku dan mengakibatkan kerugian harta benda serta kehilangan banyak nyawa.Kesimpulannya manusia sepatutnya belajar memahami serta menghargai udara dan atmosfera yang bersih.Tanggapan bahawa udara ini adalah percuma(tidak macam sumber galian contohnya petroleum) serta tidak bernilai perlu diubah.Dunia semakin tercemar malahan pencemaran yang amat dahsyat berlaku di bandar-bandar besar utama di seluruh dunia.Sejak kewujudan manusia iklim sangat mempengaruhi cara hidup manusia di seluruh dunia,termasuklah cara berpakaian yang berbeza-beza,pembinaan rumah serta makanan serta tanaman yang ditanam.Mungkin pada pandangan sesetengah pihak biarlah pihak berrkuasa sahaja yang menangani perubahan cuaca ini.Namun bersediakan kita menghadapi malapetaka alam terutama akibat pencemaran udara nanti.Lihatlah apabila negara mengalami fenomena jerubu sedikit masa dahulu,keadaan dan kehidupan kita sudah dihadkan..nak keluar rumah pun mesti memakai mask,malahan anak-anak kecil tidak lagi kelihatan bermain-main di taman.. Kehidupan kita terganggu.Rutin seharian sudah menjadi terhad

    Apa pun tanggapan kita terhadap udara,terimalah ia sebagai anugerah yang sangat bernilai dari Tuhan Maha Pencipta..hargailah kerana udara yang bersih adalah kawan terbaik untuk manusia meneruskan kesinambungan hidup mereka



    Label: ,

    Bookmark and ShareAdd to Technorati Favorites

    |
    Untuk Post Terbaru
    Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    Penulisan Terkini
    Archives

    Pertukaran Links

    Mari Kita Tukar Links


    Anda Suka Blog Ini?Copy di Blog Anda,Maklumkan Pada Hijau Lestari Di Bahagian Komentar,Thanks
    Hijau Lestari

    Malaysian Blog Link

    BlogMalaysia.com

    BLOGGERS MALAYSIA
    BLOGGERS MALAYSIA

    © 2008 Hijau Lestari Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2009