Salam buat semua pembaca budiman,ingin menulis tentang banjir berdasarkan keadaan hujan yang berterusan di pantai timur terutamanya di kelantan,namun Hijau Lestari sudah pun menyentuh tentangnya sebelum ini.Apa kata hari nie kita melihat 10 jenis haiwan atau serangga yang paling berbahaya di dunia.Bukan bermaksud kita membenci haiwan ini sebaliknya memberi peringatan kepada kita supaya berhati-hati bila berhadapan dengan situasi tidak diduga.Kriterianya berdasarkan jumlah kematian serta serangan pada setiap tahun...nak tahu? keep reading guys........
Beruang hitam,grizzly atau beruang kutub merupakan beruang yang mampu membunuh.Kematian seluruh dunia sekitar 4-5 kes setahun.Kawasan aktif serangan rujuk kepada peta.
Mempunyai reputasi yang kurang baik melalui filem Jaws...memang tak patut,kerana haiwan marin ini langsung tidak boleh dipersalahkan,kerana sifatnya memang begitu.Mampu membunuh melalui gigitan dengan gigi yang sangat tajam.Jumlah serangan dan kecelakaan akibat serangan jerung di anggarkan 100 kes di seluruh dunia setiap tahun.
Dengan sifatnya yang seolah-olah tidak berbahaya serta pasif,obor-obor membawa bisa sengatan yang amat menyakitkan serta boleh membunuh manusia di dalam beberapa minit sahaja.Terdapat pelbagai spesis obor-obor di lautan.Anggaran serangan atau kematian sekitar 100 kes setiap tahun,dengan kawasan utama termasuklah di Malaysia.
Ye ke? yeee...badak air paling aktif dan banyak di Afrika,Serangan melalui gigitan boleh membunuh dan memutuskan anggota badan manusia dengan mudah.Badak air di laporkan turut menterbalikkan bot atau sampan di Afrika.Jumlah kecelakaan di laporkan sekitar 100 -150 kes setiap tahun.
Mempunyai reputasi yang cukup baik terutamanya di zoo.jinak ajekan....Sebenarnya serangan gajah dilaporkan sekitar 300 hingga 500 kes setiap tahun.Serangan gajah terutamanya gajah liar sukar untuk diduga.Gajah mampu memusnahkan kawasan tanaman yang luas termasuklah membunuh manusia dan kawasan kampung.
Mempunyai reputasi yang cukup buruk serta ditakuti atas sifat membunuhnya yang agresif dan pantas.Jumlah serangan sekitar 600-800 kes setiap tahun di seluruh dunia.Merupakan haiwan yang boleh menyerang manusia tanpa amaran.Sangat berbahaya terutamanya di Australia dan Afrika.
Dengan jumlah kematian atau serangan melebihi 800 kes setiap tahun di dunia,big cat atau keluarga harimau ( termasuklah singa) dikategorikan sebagai haiwan yang berbahaya.Setiap serangan biasanya ditujukan kepada leher mangsa yang mampu mematahkan tulang serta merosakkan saraf sekitarnya.Jumlah serangan semakin meningkat akibat pertembungan dengan kegiatan manusia seperti pembukaan hutan.Malahan populasi harimau semakin terancam dan akhirnya terpaksa berkongsi kawasan dengan manusia.Serangan paling banyak dilaporkan di Afrika,Amerika Utara dan India
Kala Jengking merupakan pembunuh yang berbahaya terutamanya di kawasan yang terpencil di mana anti venom atau bisa mereka sukar di sediakan.Keadaan ini membolehkan kala jengking berada di tempat ketiga sebagai haiwan yang berbahaya dengan jumlah kematian 800- 2000 setiap tahun di seluruh dunia!. Dengan 1500 spesis, 25 jenis di antaranya dikategorikan sebagai paling berbahaya serta mampu membunuh.Kawasan utama termasuklah di Afrika,Amerika dan Asia tengah.
Ya,ular dikategorikan sebagai haiwan yang ditakuti oleh manusia,serta mempunyai reputasi atau imej yang sangat buruk pada pandangan manusia.Daripada 2000 spesis ular hampir 400 spesis merupakan berbisa dan 250 spesis boleh membunuh.Anggaran kematian di seluruh dunia sekitar 50 hingga 125,000 kes setiap tahun di seluruh dunia.Ular berbisa akan membunuh manusia melalui taring yang mempunyai kandungan toksin yang tinggi.Walaupun di anggap menjadi keutamaan terdapatnya anti venom atau anti racun ular di hospital,tempoh masa serta kawasan yang terpencil menyebabkan mangsa tidak sempat di bawa untuk dirawat.
Merupakan pembunuh no 1 di dunia .Bertindak senyap tetapi sangat berbahaya.Tidak meninggalkan kecederaan yang teruk,tetapi apabila di sedari,mangsa perlu dirawat dengan segera.penyakit malaria yang pernah membunuh jutaan manusia,demam denggi,chikunguya,virus Nil Barat,penyakit untut dan sebagainya di sebabkan oleh nyamuk.anggaran kematian dan kes di seluruh dunia sekitar 2- 3 juta orang setiap tahun.
Merujuk kepada kawasan ais yang membentuk kemuncak tajam
Muncul di kawasan glasier yang tinggi
Muncungnya akan mengadap ke araha matahari,membuktikan peranan matahari di dalam pembentukannya.
Awan Lenticular
Seolah-olah UFO.....
Biasanya muncul di kawasan pergunungan
Berkait rapat dengan tiupan angin yang memainkan peranan membentuk awan unik ini
Selalunya mengelirukan pilot yang melalui kawasan ini
Cahaya pilar
Boleh terbentuk secara semula jadi atau buatan
Cahaya semula jadi terbentuk dikawasan ais yang memantulkan sebarang cahaya,seperti 2 gambar diatas sekali
Sementara boleh juga berlaku di kawasan jalan raya,kawasan perumahan seperti gambar di bahagian bawah.
Api Tornado
Merupakan fenomena yang berlaku apabila terdapatnya kebakaran
Dikenali sebagai tornado kerana sifatnya yang menjulang tinggi dan berpusing -pusing
Merupakan api yang berbahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran dan kematian
Bergerak dengan kelajuan 100 batu perjam
sentiasa berubah-rubah
Gabungan api dan angin telah membentuk fenomena yang berbahaya,kerana boleh bergerak ke kawasan lain yang akhirnya membentuk kawasan kebakaran yang luas
|
Fenomena Alam yang Menakjubkan Part 1
Khamis, 2009 November 05
Salm buat semua dah lama tak menulis,sibuk dengan keluarga dan diri.Hari nie Hijau lestari nak ajak pembaca melihat penciptaan Allah yang Maha hebat.Kewujudan pelbagai fenomena alam sesungguhnya merupakan manifestasi keagungan Allah.Terima kasih terhadap Jamaluddin,kawan Hijau lestari yang menghantar e mail kepada Hijau Lestari.Ternyata tidak ada perkara yang mustahil bagi Allah,sehingga mewujudkan fenomena alam yang terus menjadi misteri kepada manusia.
Sailing Stone
Fenomena yang biasa sebenarnya di kawasan gurun berbatu dan kawasan glasier
Masih lagi menjadi misteri di kalangan saintis dan pengkaji kerana batuan tersebut sememangnya sangat berat dan berbeza dari segi saiz dan meninggalkan bekas pergerakan.
Angin dikatakan sebagai punca utama pergerakan batuan ini di samping permukaan bumi yang rata.
Barisan Batuan Basat(Gunung Berapi)
Merupakan fenomena unik di kawasan gunung berapi
Magma yang mengeras menghasilkan sususan batuan balsat yang unik seumpama susunan yang begitu cantik dan sempurna seolah-olah di susun oleh manusia
Contohnya seperti di Ireland(gambar di atas)
Batuan balsat biasanya meledak naik ke atas permukaan bumi,tetapi akan mengeras dan menghasilkan fenomena pemandangan yang begitu menakjubkan.
Lubang Biru(Blue Holes)
Merupakan lubang biru di laut yang membentuk lubang yang sangat dalam di kawasan laut
Mendapat nama daripada warnanya yang biru tua merujuk kepada kawasan air yang sangat dalam dan terlindung dan berasingan dari kawasan yang lain
Kedalamannya boleh mencecah ratusan kaki dan memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk turun ke bawah lubang biru ini.
Air laut pasang Merah
Merupakan fenomena alga merah yang melanda kawasan pantai dan laut yang luas
Boleh menyebabkan keracunan teruatama kepada hidupan marin lain seperti burung laut
Tidak ada rekod setakat ini dicatatkan yang alga merah ini telah mengancam manusia
Bulatan/Lingkaran Ais
Terhasil apabila berlakunya pusaran air
boleh membentuk diameter sehingga 500 kaki atau kelompok yang lebih kecil
Pusaran air yang terhasil telah menolak ais dan membentuk bulatan yang unik.
Awan Mammatus
Seringkalinya di katakan sebagai petanda sebelum berlakunya bencana alam yang ekstrim
Boleh jadi terdapat dikawasan ais
Membolehkan manusia membuat sedikit persediaan kerana awam ini boleh bertahan lama dan membentuk formasi atau corak yang menarik.
Pelangi Api
Fenomena biasa
Namun serakan cahaya antara awan dan matahari membolehkan fenomena yang unik ini berlaku
Lubang Besar
Terhasil apabila berlakunya gempa bumi
Boleh juga terjadi bila kawasan atau tanah secara tiba-tiba tenggelam kerana faktor air dan sebagainya.
Selalunya boleh berlaku di dalam keadaan yang pantas tanpa mengira permukaan bumi seperti gambar di atas
Bawang putih(Allium sativum) merupakan tumbuhan yang dikenali ramai kerana keberkesanannya dalam merwat pelbagai jenis penyakit.Ia tergolong di dalam keluarga Liliaceae dan satu kumpulan yang sama dengan bawang merah.Berdasarkan pelbagai kajian bawang putih boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang kronik antaranya:
Tekanan Darah Tinggi
Bawang putih berpotensi untuk merawat tekanan darah tinggi.Bahan aktifnya,Allicin berupaya meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan ini juga akan mencegah kerosakan saluran darah yang lain.Allicin juga boleh menurunkan penggumpalan platlet darah,justeru menurunkan risiko trombosis(pembekuan darah dalam saluran darah) yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
Masalah Pernafasan
Bawang putih dikenali sebagai ramuan tradisional yang selamat dan berkesan di dalam merawat lelah,bronkitis(radang paru-paru) dan masalah pernafasan yang lain.Kandungan eter dalam bawang putih adalah sangat tinggi hingga boleh melarutkan mukus dalam sinus,salur bronkial dan paru-paru.Tambahan pula,bawang putih merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan.
Kencing Manis
Untuk penyakit kencing manis,bawang putih mengandungi zat tertentu,yang terbukti meningkatkan metabolisme karbihidrat/gula.Bawang putih juga kaya dengan kalium,iaitu sebanyak 530mg bagi setiap 100gm.Seseorang yang mendapat kencing manis akan mempunyai asid yang berlebihan (asidosis),asidosis akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma.Selain dari kalium,bawang putih juga kaya dengan zink,mangan dan sulfur dan kesemua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
Permasalahan Wanita
Golongan wanita serng mengahadapi keadaan sedih,kemurungan,sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan dan kedatangan haid.Keadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang menganduni bawang putih kerana ia meransang pengeluaran haid.Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot sewaktu kedatangan haid.Bawang putih juga mengandungi faktor pengalak (thiamin) di dapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.
Tahap Kolestrol
Bwang putih juga berfungsi untk mengurangkan kolestrol dalam badan.Ini disebabkan kandungan sebatian fitokimia dalam bawang putih yang boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasi tubuh.
Secara amnya bawang putih merupakan makanan yang dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai pelbagai fungsi terapeutik.Ia bukan sahaja amuan dalam masakan.Ia bukan sahaja rauman dalam masakantetapi juga bertindak dalam merawat penyakit.
Geografi di dalam bahasa mudahnya ialah pengetahuan tentang alam.Sejak sekian lamanya disiplin geografi mewarnai atau merentasi disiplin ilmu yang lain.Untuk pengetahuan pembaca sekelian geografi bukan sekadar ilmu yang dipelajari di sekolah menengah seperti bentuk muka bumi sahaja tetapi geografi sebenarnya merupakan ilmu tentang alam yang sangat luas serta bermanfaat untuk manusia memahami bahawa bumi ini merupakan anugerah dari Allah yang paling bernilai dan perlu diuruskan dengan sempurna.Geografi melalui perubahan zaman dari pelbagai fahaman geografi yang dicipta oleh ahli geografi dari barat.Tidak ketinggalan juga ahli geografi Islam yang sebenarnya turut menyumbang kepada perkembangan ilmu geografi seperti Ibnu Batutta yang merupakan seorang pengembara yang terkenal yang mencatatkan pelbagai peristiwa dan bentuk muka bumi sepanjang pemgembaraannya.
Kini pada asasnya geografi terbahagi 2 iaitu geografi fizikal dan juga geografi kemanusiaan.Cakupan disiplinnya sangat meluas meliputi kebanyakn aspek kehidupan manusia.Sejak di bangku sekolah lagi para pelajar sudah diterapkan tentang pelbagai aspek kehidupan dan pengetahuan asas tentang negaranya.Pelajar bukan hanya mempelajari peta tetapi jugameliputi iklim,bentuk muka bumi,dan flora dan pengangkutan perhubungan,aktiviti ekonomi serta pengetahuan tentang flora dan fauna.Cumanya yang menjadi rungutan anak-anak ini ialah kaedah pembelajaran subjek geografi itu sendiri,dan timbulnya persepsi bahawa geografi merupakan subjek yang sukar untuk dikuasai kerana terlalu luas sukatannya.Betulkah begitu? Bagi guru geografi sendiri perkara itu sebenarnya ada benar dan tidaknya.Benar bagi pelajar yang gagal menguasai konsep asas kemahiran geografi serta mungkin kaedah pembelajaran yang membosankan. Di dalam tidak jawapannya jika subjek geografi dipersembahkan kepada pelajar di dalam keadaan yang menarik seperti penggunaan ICT dan bahan multi media yang lain.Pada pendapat Hijau Lestari sendiri,geografi semakin menjadi subjek yang membosankan bila segalanya berorientasikan exam.Belajar geografi untuk lulus sahaja…lepas itu tinggallah segalanya.Pendekatan ini perlu diubah,geografi mesti diangkat menjadi subjek teras.Satu subjek yang sangat penting,bukan mengenepikan subjek lain tetapi pemahaman yang jelas tentang peranan kita sebagi khalifah di muka bumi ini mampu mengurangkan pelbagai fenomena alam yang sedang memusnahkan bumi sedikit-demi sedikit! Lihat sahaja fenomena pulau haba Bandar,pemanasan global,pemanasan mikro,kemarau,banjir,pencemaran udara,air dan bunyi,penipisan lapisan ozon dan pelbagai gejala lain yang mengancam kehidupan manusia.Dengan ilmu geografi yang mendalam bersepadu bersama akhlak yang terpuji kegiatan yang merosakan alam sekitar ini dapat dikurangkan.Mungkin ada beranggapan bahawa Hijau Lestari menulis sekadar dari sudut pandangan mudah seolah-olah hanya geografi sahaja yang mampu menyelamatkan bumi….bukan begitu maksudnya,maksudnya ilmu geografi sebagai pencetus kesedaran yang tinggi dikalangan para pelajar untuk mewarisi dunia untuk genarasi yang akan datang.Geografi bukan sahaja perlu diiktiraf sebagai disiplin ilmu yang tinggi sebaliknya perlu diterapkan kepada keseluruhan masyarakat.Ingat kah kita pada Kempen Kitar semula? Berapa ramai yang sudah menjayakannya? Berapa ramai pula diantara kita yang prihatin dengan warna tong sampah yang disediakan? Di laporkan bahawa hanya 20% sahaja rakyat Malaysia yang prihatin dengan kempen kitar semula.
Konsep adil dan amanah penting di sini.Bumi bertuah ini akan diwariskan kepada generasi akan datang .Generasi akan datang pastinya mewarisi bumi ini,bukan sekadar mewarisi secara fizikalnya tetapi juga secara akhlak serta minda dan jiwa yang sepatutnya terpimpin kepada Iman dan takwa kapada Allah.Ilmu yang kita warisi terutamanya ilmu geografi adalah manifestasi kebesaran dan keagungan Allah.Kesepaduan serta kesempurnaan perjalanan segala kehidupan di bumi membolehkan manusia dan makhluk lain hidup dengan keadaan yang sepatutnya.Apabila keadaan tidak lagi stabil maka manusia perlu kembali semula kepada perturan yang diciptakan Allah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Perjalanan dan aturan sistem bumi sebagai contohnya sangat teratur dan sempurna.Cahaya matahari yang mengandungi ultra unggu(UV) yang berbahaya itu,di tapis dengan sempurna oleh lapisan ozon,sehingga peratus UV yang sampai ke bumi sesuai untuk proses fotosentesis.Proses fotosentesis yang berlaku sangat penting kerana ianya merupakan rantaian makanan yang paling asas.Sikap serta kerakusan manusia yang mengubahnya.Lapisan ozon yang semakin menipis menyebabkan manusia terdedah kepada bahaya UV seperti kanser dan kemusnahan tumbuhan itu sendiri.Itu baru sedikit dari contoh,membuktikan ilmu geografi sangat penting diterapkan di dalam kehidupan manusia.
Percayalah dengan sikap tamak serta keangkuhan manusia akan memusnah diri mereka sendiri.Di negara kita sendiri runtuhnya tanah di Bukit Antarabangsa merupakan antara bukti yang jelas apabila manusia cuba mengubah atau juga menyesuaikan diri dengan bentuk muka melalui pembinaan seperti jalan raya serta rumah.Sayangnya pembinaan itu sendiri tidak merujuk kepada hakikat bahawa pemahaman yang jelas dengan peringatan ayat dari Allah di atas.Keuntungan menjadi keutamaan sehingga mengabaikan faktor lain.Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Percaya atau tidak anak-anak kecil kita sejak awal usianya seperti5ke atas apabila melukis,lukisan serangga,haiwan,pokok menjadi pilihan mereka .Minda mereka sudah terisi dengan pengetahuan asas tentang alam.Menjadi tugas kita untuk menerapkan kepada mereka bahawa alam ini perlu dipelihara dengan baik.Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka,cebisan sampah ,jika tiada tong sampah yang berhampiran sepatutnya di simpan sementara sehingga tong sampah dijumpai.Susah ke?,jika susah anda sudah gagal sebenarnya.
Pada Pendapat Hijau Lestari subjek Geografi perlu diangkat sebagai subjek Teras bagi sekolah menengah dan perlu diperkenalkan di sekolah rendah,serta menjadi subjek atau paper asas bagi semua subjek di universiti. Mungkin keterlaluan kata orang lain,tetapi dengan pelbagai fenomena alam yang melanda sekarang,sikap serta kecuaian manusia di tambah dengan sikap tamak menyebabkan kita menerima padahnya.Sepatutnya minda sayangkan alam sekitar terisi bukan hanya kepada pelajar sekolah,tetapi juga pembuat dasar,penggubal undang-undang,ahli perniagaan serta pihak berkentingan yang sentiasaber hubung dengan alam sekitar.Jika semua pihak akur dengan peraturan dan sayang kepada alam sekitar serta mengambil ayat suci dari Allah sebagai pemudah cara dan pembimbing yang terbaik,segalanya akan menjadi lebih baik.
Sejak sekian lamanya sejak fahaman geografi berkembang,manusia sentiasa berinteraksi dengan alam.Malahan displin ilmu geografi berkembang pesat.Manusia terus mengkaji bumi dan hidupannya yang merupakan anugerah dari Allah buat hambaNya.Ternyata pengetahuan tentang alam atau geografi itu sendiri sepatutnya menjadi kekuatan kepada manusia untuk mendekati alam ini dengan lebih baik.Sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur kerana negara ini di kategorikan sebagai negara yang bebas dari gunung berapi dan gempa bumi.Dengan kedudukan Malaysia yang berada di luar Lingkaran Api Pasifik,Malaysia bebas dari sebarang ancaman gerakan plat tektonik yang sentiasa tidak stabil itu.Lingkaran Api Pasifik merujuk kepada taburan gunung berapi yang muncul akibat berlakunya pergerakan plat.Hijau Lestari pernah menulis tentangnya di sini Pergerakan plat( kerak bumi) bukan hanya terdapat di daratan ,malahan di lautan juga.Gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita Indonesia merupakan ancaman pergerakan plat tektonik yang di luar kawalan manusia.Indonesia sendiri yang merupakan negara kepulauan( di katakan anggaran 77 buah ribu pulau ,besar dan kecil) merupakan kawasan aktif gunung berapi dan gempa bumi.Kedudukannya di sempadan antara 2 plat tektonik menyebabkan risiko besar untuk berlaku gempa dan juga gunung berapi.Di sini juga terdapatnya gunung berapai Krakatau yang terkenal itu,terkenal bukan apa,tetapi terkenal kerana pernah meletus dengan dashyatnya pada tahun 1883,bunyi letupan gunung itu kedengaran hingga ke Perth Australia,memuntah larva serta debu dan batuan yang hebat.Malahan tsunami dengan kekuatan 7.9 skla richter juga berlaku di sini.Apa pun semoga menjadi pengajaran kepada semua penduduk Malaysia,bahawa plat tektonik ini boleh berlaku di Malaysia dengan kehendakNya,bukannya meminta,tetapi sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur serta bermuhasabah dengan diri tentang kekuatan dan kekurangan yang ada.Semoga rakyat Indonesia di Sumatera dapat meneruskan kehidupan.....
Salam Ramadan,semoga pencarian 10 malam terakhir Ramadan untuk reda dan keampunan dari Allah diperoleh oleh pembaca muslimin dan muslimat sekelian dan berkekalan selepas bulan ramadan hendaknya.Di kesempatan ini Hijau Lestari mengucapkan Selamat Penyambut hari Raya Aidilfitri....semoga memperolehi kemenangan yang hakiki.Hijau Lestari pun akan balik ke kampung untuk bercuti dan menyambut hari lebaran bersama sanak saudar serta keluarga di kampung.Semoga perjalanan pembaca sekelian untuk bercuti dan berhari raya selamat sampai dan pulang hendaknya.Hijau Lestari mungkin akan berposting semula seminggu selepas raya...jika berkesempatan.......
|
Ramadan Around the World
Selasa, 2009 September 08
Salam ramadan buat semua pembaca budiman...sudah lama tidak menulis sesuatu...kali ini posting ringkas dari Hijau Lestari......sekadar gambar tentang ibadat puasa umat Islam di seluruh dunia.Memang Big Picture dari Boston .com ini memang menarik,ini kerana penggunaan teknik fotografi serta camera berkuasa tinggi....silakan ke sini
Kenaikan harga bahan api yakni petroleum di negara kita sudah pun ditulis oleh Hijau Lestari sebelum ini di sini. Cumanya apa yang dikesali ialah pengumuman pihak kerajaan bahawa minyak jenis RON 95 akan dijual kepada harga RM 1.75 menjelang 1 sept 2009. Namun dengan pengumuman terbaru ini minyak RON 95 di jual pula pada RM 1.80 se liter.Kita bukan mempertikaikan pihak kerajaan ,cumanya harga minyak yang diumumkan itu apa salahnya diumumkan terus pada harga RM 1.80 seliter bagi RON 95,mengapa mesti memberi pengumuman yang mengelirukan pengguna.
Senarai harga baru minyak:
Ron 95/liter
Dulu - Rm1.75
Sekarang - Rm1.80
Ron 97/liter
Dulu - Rm1.80
Sekarang - Rm2.00.
Walau pun RON 95 dijual dengan harga asal RON 97,pada pendapat Hijau Lestari,kita perlu mengambil kira rakyat teramai terutamanya golongan berpendapatan rendah.Ini kerana ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan purata RM 1000 hingga RM 2500.Keadaan akan semakin sukar dengan barang keperluan lain yang turut akan meningkat pastinya.Semoga ada cadangan lain dari pihak kerajaan untuk mengimbangi situasi ini sepertinya harga TOL,bahan api alternatif yang syorkan secara rasmi dan sebagainya.Penggunaan biodiesel negara sebagi contohnya perlu diperluaskan.Apa kata kalau PROTON atau PERODUA dapat mengeluarkan kereta hybrid dan dijuall dengan harga yang munasabah?Mungkin pembaca sekelian ada cara tersendiri untuk berjimat minyak.
GULA...OH...GULA
Masalah kekurangan gula di pasaran juga agak membimbangkan.Kita berharap bahawa pihak yang berkenaan dapat memikirkan alternatif terbaik di dalam menangani masalah kekurangan gula.Kita melihat bahawa dengan kedatangan Ramadan dan Hari Lebaran nantinya masalah ini akan semakin kritikal jika tidak di atasi.Rakan Hijau Lestari di Kamunting Taiping memberi tahu gula sekarang hanya dijual di depan kaunter dan di letakkan di bawah kaunter serta di hadkan sebanyak 2 kg untuk seorang pembeli. KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN)mesti memantau perkara ini dengan tegas serta berjaya menghentikan penyeludupan gula ke negara jiran.Alasan pembelian berulang pada Hijau Lestari kurang relevan,kerana gula merupakan keperluan rakyat Malaysia yang sememangnya pengguna gula yang agak tinggi di dunia.Semoga pemantauan dan kerjasama dari semua pihak dapat dilaksanakan untuk menangani masalah bekalan gula dalam negara.
BERAS.....
Bagaimana dengan bekalan beras negara,dulu Hijau Lestari pun ada posting gak tentang nie di sini dan sini. Hijau Lestari tersentuh apabila membaca bahawa kementerian yang berkenaan tidak mempunyai program kecemasan stok beras negara rujuk di sini(maaflah Hijau lestari bukan nak berpolitik tetapi sekadar berkongsi maklumat yang dirasakan perlu di sini) ,seandainya beras negara kritikal bekalannya.Jika ini berlaku maka rakyat Malaysia akan merana dengan kenaikan harga beras yang melampung tinggi.Kita berharap kerajaan akan dapat merangka rancangan untuk menjaga stok beras negara dan mengambil alih semula saham beras negara yang sudah dikuasai oleh negara lain.
Salam Ramadan buat semua...dah agak lama Hijau Lestari tak menulis...hari nie nak cerita tentang bab jimat minyak .Hijua Lestari dapat dari link nie.Ternyata tip untuk perjalanan balik ke kampung memang bagus dan sesuai untuk tatapan pembaca....keep reading guys... oh ye..satu lagi links sebenarnya di ambil dari sini.Hijau Lestari bukan nak berniaga ye(nie bukan link Hijau Lestari)....tetapi orang kata i charge nie memang bagus...kawan Hijau Lestari yang drive jauh ke tempat kerja tentu berminat dengan i charge nie...
Bersama-sama kita jimatkan petrol demi memulihara alam sekitar!
Berikutan daripada harga minyak antarabangsa yang melambung naik, harga minyak tempatan turut meningkat dengan mendadak, secara tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan harga barangan. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, khususnya mereka yang membawa kereta, apatah lagi gaji pula kekal sama. Anda disarankan mempraktikkan cara-cara menjimatkan petrol seperti berikut demi menyelamatkan diri kita dan memulihara alam sekitar.
Semasa hidupkan enjin
• Elakkan menekan minyak dengan kuat, tambahkan kelajuan secara perlahan-lahan Berbanding menambahkan kelajuan secara perlahan-lahan, menekan minyak dengan kuat akan menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Tabiat pemandu yang kasar, contohnya menekan minyak dengan kuat atau tiba-tiba menekan brek, boleh menyebabkan penggunaan petrol bertambah sebanyak 30%. Jadi, pandulah dengan cermat untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan sepanjang hari.
Memandu sambil memanaskan kereta
Kebanyakan kereta pada masa sekarang tidak lagi menggunakan karburetor, jadi enjin kereta tidak perlu dipanaskan sebelum berjalan. Tarikkan injap sambil membawa kereta dapat memanaskan enjin secara perlahan-lahan. Pandulah kereta dengan kelajuan yang biasa sambil memanaskan kereta anda. Selepas 1 – 2 km, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang sesuai.
Semasa isikan minyak
Jangan bertindak keterlaluan Apabila pam minyak berhenti secara automatik, bermakna tangki minyak telah penuh dan harus alihkan muncung bagi mengelakkan lebihan pengisian. Keadaan ini samalah seperti anda dipaksa makan bila perut sudah kenyang. Minyak berlebihan akan menumpah keluar jika kereta anda berjalan di atas jalan raya yang tidak rata. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan, malah tidak mesra alam.
Dalam perjalanan
Kekalkan jarak yang selamat dan elakkan menekan brek secara mengejut Kelajuan kereta akan berkurangan atau berhenti jika brek ditekan, jadi enjin perlukan petrol yang lebih untuk menggerakkan semula kereta daripada gear rendah atau daripada keadaan statik.
Elakkan memecut!
Semasa di lebuh raya, anda barangkali akan menambahkan kelajuan tanpa disedari sambil menikmati keseronokan memecut yang tak terpada. Memecut bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan petrol, malah juga akan meningkatkan risiko ditimpa kemalangan jalan raya.
Perintang
Ramai yang suka pasangkan bendera kecil atau aksesori dan kelengkapan lain pada bumbung kereta. Benda-benda seperti itu sebenarnya merupakan perintang yang akan membebankan kereta anda dan memperlambatkan kelajuan kereta anda, seterusnya menambahkan penggunaan petrol.
Elakkan kerap menekan brek
Asyik merehatkan kaki kanan anda pada brek dan menekan brek bukan sahaja menambahkan penggunaan perol, bahkan juga akan memendekkan hayat brek kereta. Keadaan ini juga akan membahayakan pemandu yang mengikut di belakang kereta anda.
Tayar lebar dan rendah lebih stabil tetapi lebih tinggi penggunaan petrol
Sesetengah pemandu suka menukar tayar lebar dan rendah yang lebih luas permukaannya demi menikmati pemanduan yang lebih stabil semasa memecut. Oleh kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih luas dan menyebabkan geseran yang lebih kuat, jadi ia perlukan kuasa enjin yang lebih. Keadaan ini akan meningkatkan penggunaan petrol, khususnya bermula daripada keadaan statik
Masukkan E mail Anda Untuk Mendapatkan Post Terbaru Dari Hijau Lestari.Email Anda Dijamin Selamat 100%.Kami Benci Spam dan Scam!Hak Privacy Anda Terpelihara